Semalam buat acar buah untuk cik abang. Dah lama dia duk suruh buat. Katanya, kek yg susah-susah tu sanggup cari resepi belajar nak buat, tapi acar buah yang senang tu, tak plak buat-buat.
Senang katanya.... Tapi bila tengok resepi kat internet, ada yang kata kena masak sampai 2 jam. Senang ke macam tu??
Tapi bila dah kehendak suami tu, kenalah buat... Bukannya tak boleh beli, tapi nak merasa air tangan isteri katanya. Kesian pulak, duk teringin nak makan. Takut kempunan acar buah hasil tangan isteri pulak. Kenalah buat jugak...
Pergi Gaint Bangi Sabtu lepas, belilah buah-buahan kering sikit. Kebetulan kat rumah dah ada kismis lebihan buat puding roti hari tu.
Resepi ni dah ambik kat internet, tapi tak pasti dari blog mana satu...
Ok, bahan-bahannya...
- 1/2 kg buah-buahan jeruk @ kering [limau kecut, kismis hitam/kuning, prune, aprikot, kurma, mangga jeruk, ceri & lobak asin - boleh campur-campur buah tu. Mana yang suka, boleh letak banyak skit. Kalau buah tu rasa macam besar sangat boleh potong kecil-kecil skit, tapi jangan kecil sangat, nanti hancur plak masa masak tu, tak cantik plak nanti]
- 10-15 Biji Bawang merah / 3 biji bawang besar
- 10 biji bawang putih
- 3 sudu cili boh / 15biji cili kering (rendam dgn air panas bagi lembut) - cili ni kalau suka pedas boleh letak banyak sikit
- 2 inci halia / 2 ruas jari (bergantung kepada saiz halia)
- 4 sudu besar gula - kalau suka manis, boleh tambah
- 1 sudu teh garam- kalau suka lebih/kurang masin, boleh adjust sendiri.
- 1 sk asam jawa (guna asam jawa ADABI)
- Setengah cawan cuka- kalau tak suka boleh kurangkan, atau takyah letak langsung, cuma lebihkan asam jawa tadi. [cuma kalau banyak asam jawa, nanti rupa acar buah hitam skit bila masak nanti. Tak berapa cantiklah rupanya, tapi rasa tetap sama]
- 2 sudu besar rempah kari daging
- Bijan goreng tanpa minyak sebagai hiasan
- 1 cawan minyak masak(kalau rasa tak cukup, boleh tambah nanti)
Cara-cara
- Mesin sekali cili, bawang merah/besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan mesin sampai naik bau dan naik minyak.
- Tambahkan serbuk kari daging semasa menumis.
- Masukkan gula, garam, asam jawa dan cuka, tumis lagi sehingga naik minyak.
- Masukan buah-buahan kering dan kacau masak sampai pekat [nak tunggu pekat tu lama jugak, bergantung pada dapur masing-masing. Api jangan kuat sangat, takut bahagian bawah tu hangus. Kena kacau selalu sampai kering]
Catatan:
Bila hasil tumisan tu dah naik minyak dan dah masukkan buah-buahan kering, jangan sesekali tambahkan air. Kalau rasa macam nak hangus tu, perlahankan api dan kacau rata-rata (kalau tambah air, nanti acar buah tu tak tahan lama)
Bijan yang nak ditabur tu, goreng tanpa minyak dengan api yang perlahan. Taburkan bijan bila acar buah dah agak-agak sejuk sikit.
Acar buah ni, memang ada banyak minyak, sebab nanti minyak tu yang membuatkan ia tahan lama. Cuma nanti bila makan, janganlah ambik minyak tu, kaup buah-buahnya je...
Hasilnya.... siap jugaklah acar buah hasil permintaan suami ni. Walaupun ambik masa yang agak lama nak masak, tapi bila cik abang kata sedap, rasa berbaloi je masak... puas hati....
No comments:
Post a Comment