Monday, December 31, 2012

RESEPI SWISS ROLL COKLAT YANG SANGAT MUDAH

Memang sgt mudah dan cepat, caranya guna tepung 'sponge mix'. Banyak dijual kat kedai alatan/ bahan-bahan bakery.
Selain mudah (resepi ni takkan tak jadinyer), cara ini membolehkan kita dapat menyediakan swiss roll dengan cepat dan yang paling penting sangat sedap. Filling/ inti kat dalam (yang disapu pada swiss roll) terpulang pada citarasa masing-masing nak letak apa. Pada yang suka rasa coklat lebih, boleh sapu coklat yang dicairkan atau guna je nutella tu, lagi mudah. Atau boleh letak apa-apa jem, kaya ke atau untuk resepi ini, diletakkan krim putar je atau lebih dikenali sebagai non-dairy whiping cream. Pun sedap jugak.

Ok... resepinya....

Bahan-bahannya,
1) 100 g tepung 'sponge mix' (atau 3/4 cawan)
2) 1 sudu serbuk coklat (apa2 jenama pun takpe)
3) 2 biji telur
4) 35 ml air (atau 1/4 cawan)
5) 35 ml minyak sayuran (atau 1/4 cawan)

Itu je bahan-bahannya... Skit je kan... sebabnya, tepung tu dah dibancuh dengan bahan-bahan yang lain tu, macam baking powder, soda bikarbonat, gula dll.... Jadi guna je la tepung tu... Tak yah nak sukat-sukat dah bahan-bahan lain tu....

Cara-caranya;
1) Panaskan dulu oven pada suhu 180 darjah celcius.
2) Ayak tepung dengan serbuk coklat.
3) Masukkan telur ke dalam tepung+coklat yang dh diayak tadi.
4) Pukul adunan dengan kelajuan yang perlahan untuk 1 minit.
5) Sentiasa kaup tepung yang melekat di tepi-tepi bekas tu semasa memukul adunan untuk mengelakkan adunan tepung menjadi tak sebati (takut bantat plak nanti).
6) Tingkatkan kelajuan mixer pada tahap maksimum dan masukkan air secara perlahan-lahan. Pukul lagi untuk tempoh masa 3-4 minit sampai adunan likat dan sebati.
7) Perlahankan mixer pada kelajuan minimum dan masukkan minyak. Pukul lagi selama 2  minit.
8) Tuang dalam loyang yang dah di alas dengan kertas minyak / baking paper.
9) Bakar selama 5-6 minit, bergantung pada tahap kepanasan oven masing-masing.
10) Dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas lagi satu kertas minyak/ baking paper (jangan tunggu ia sejuk dalam oven). Jangan tanggalkan dulu kertas minyak yang melekat pada kek (yang guna untuk alas loyang tadi). Biarkan ia sejuk dulu (dalam 5-10 minit je...)

Untuk Filling,
1) Pukul whipping cream sampai kental (bila terbalikkan mangkuk, ia tak meleleh jatuh, maknanyer kental la tu).
2) Tanggalkan kertas minyak pada kek.
3) Sapukan cream tadi, jangan tebal sangat... nanti terkeluar plak masa gulung tu.
4) Gunakan kertas minyak (yang guna utk alas kek) untuk gulung kek tu. Jangan pegang ngan tangan, nanti tak cantik.
5) Dah gulung, simpan dalam peti ais sekurang-kurang je sejam, baru boleh potong....

Sedap sangat... tak yah beli kat kedai dah... kos nak buatnyer pun skit je... jimat...
cuba-cuba-cuba....... 

Sunday, December 30, 2012

Asthma lagi

31 hb 12, 2012
Hafiz kena asma lagi.... 

Semalam kontraktor, En Halim datang betulkan bumbung depan rumah tu. Hafiz plak punyer la tak duk diam, keluar masuk duk tengok orang tu buat kerja. Dengan hujan, habuk, asap kat luar tu... semua kena Hafiz. Malam tadi, apa lagi.... kena asma la....
Pagi-pagi ni dah kena bawak gi klinik, sedut asap...

Sedikit info mengenai asma;


Penyakit asma (asthma) atau biasanya dikenali sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Sesiapa yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu. Di antaranya, pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu bernafas. Ini dikenali sebagai "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami "wiz", tetapi akan mengalami batuk-batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal yang lasak /aktif. Selain itu, pengidap asma juga akan mengadu sesak nafas / sukar bernafas dan ketat dada.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah alahan, walaupun tidak semua pesakit asma mempunyai masalah ini. Alahan dipercayai dapat meningkatkan kecenderungan seseorang untuk mendapat serangan asma. Di kalangan pesakit asma dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus orang dewasa mengalami masalah alahan. Selain itu, pesakit asma yang mempunyai masalah alahan lebih mudah mengalami serangan asma apabila terdedah kepada bahan pencetus asma yang tidak mempunyai sifat alahan terhadap jangkitan virus. 

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk tmepoh masa yang lama. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan dimana sukar untuk bernafas manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan untuk bernafas.


Bagaimana Asma Berlaku

Punca sebenar terjadinya asma atau siap yang akan menghidap penyakit ini tidak dapat dipastikan. Namun begitu, apa yang jelas ialah, serangan asma berlaku apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang seterusnya mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Perubahan Yang Berlaku Dalam Penyakit Asma

Inflamasi Tiub dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, menjadi bengkak dan kelihatan merah. Seterusnya lendir yang pekat akan dihasilkan dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit akan mula batuk apabila dia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat ini. Sekiranya inflamasi kerap berlaku dan keadaannya teruk, tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Ini menyebabkan pesakit lebih sukar bernafas.


Kuncup: Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin menguncup dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Keadaan ini dinamakan bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pesakit akan berasa dadanya ketat.

Kepekaan: Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada benda- benda luaran seperti habuk, asap rokok, atau udara sejuk.

Bilakah Asma Disyaki Berlaku?

Asma disyaki berlaku apabila seseorang individu mengalami "wiz" secara berulang -ulang, terutama sekali semasa menghembus nafas, batuk kronik atau didapati berulangkali mengalami bronkitis.


Apakah Yang Boleh Dilakukan Bagi Membantu Pesakit Asma?

Pendekatan yang sering diambil dalam rawatan asma adalah untuk mengubah semula perubahan yang sering berlaku pada pesakit, iaitu inflamasi, penguncupan dan kepekaan saluran pernafasan.

Bagi mencapai tujuan ini, pesakit asma perlu menghindari punca-punca yang boleh menyebabkan asma seperti habuk, asap rokok, bulu haiwan seperti kucing/anjing dan sebagainya. Selain itu pesakit juga boleh menggunakan ubat-ubatan pencegahan seperti kotikosteroid, kromolin dan ketotifen serta terapi imun alahan.

Langkah kedua adalah dengan menggunakan ubat-ubatan bronkodilator iaitu ubat yang berupaya mengembangkan saluran pernafasan dan melegakan pernafasan pesakit dengan cepat seperti teofilin (yang mempunyai sifat kafein), agonis beta dan ipratropium.

Ubat-ubat begini sesuai digunakan apabila serangan asma telah berlaku. Dalam kebanyakan kes, ia berkesan untuk mengawal keadaan pesakit melainkan asma sudah menjadi terlalu serius di mana pesakit perlu menerima rawatan yang lebih rapi di hospital seperti kortikosteroid dalam bentuk suntikan serta terapi oksigen dengan bantuan alat pernafasan tertentu.

 
Dalam menentukan rawatan yang sesuai, perlu diingatkan bahawa asma merupakan suatu penyakit cepat berubah dan mungkin akan menjadi lebih buruk dengan perubahan persekitaran, seperti perubahan cuaca atau musim, atau dengan jangkitan virus. Dalam hal demikian, setiap pesakit asma dianggap unik dan rawatan yang diterima mungkin berbagai-bagai bergantung kepada keadaan masing- masing.

Bermulanya Alam Persekolahan Hafiz

26 hb 12, 2012....
Mendaftarkan Hafiz untuk Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
Rasa macam kejap je... dah masuk darjah satu dah Hafiz... Rasa macam baru je beranakkan dia....
Dah besar dah.....
Dulu dia tadika pun kat sini, SK Cyberjaya jgk.... senang dekat ngan tempat kerja, mudah skit nak hantar, skali jalan je
Ni duk beratur nak masuk kelas untuk ujian diagnostik untuk tentukan tahap kemahiran dia. Pastu baru boleh cikgu tentukan kelas dia...
Harapnya... Hafiz selamat menempuh alam persekolahan dia dengan jayanya.... semoga berjaya menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negaranya.... amim.......

Kisah Gold Coast Morib

Pada 4 hb 12, 2012... sempena cuti sekolah, kami sekeluarga sempat ke Gold Coast Water Theme Park di Morib. Lebih kurang 45 minit dari Sepang ni.
Tempat tu ok... yang best tu sebab ada theme park tu... Hafiz bukan main seronok lagi main air. Berjam-jam duk dalam air. Nasib baik penyakit athma dia tak datang, kalau tak kena sedut gas lagi la jawabnye.

Hafiz dengan pelampung angry bird dia. Duk belajar berenang la konon-kononnya tu... Sampai biru dah bibir tu sejuk....
Si adik plak takut air. Langsung tak nak masuk dalam air. Nak letak je dalam air, menjerit kan main... takut. Sudahnya... duk atas riba abahnye je la...
Taman air ni luas...seronok la... bukan untuk budak-budak je.... bapak budak, mak budak pun boleh main sekali. Macam-macam papan gelongsor yang dia ada, yang lurus, yang bengkeng bengkok, yang bergelung-gelung.... macam-macam la.... pendek kata enjoy la main kat sini...
Safe guard yang jaga pun ramai.... duk perhatikan budak-budak. Cara diorang jaga ok, memang diorang perhatikan betul-betul anak-anak kita main air ni.

Kira boleh pergi lagi la Gold Coast Morib ni.... happy tengok anak-anak seronok main air....


Wednesday, December 26, 2012

Resepi Ayam Bakar Simple + Spagetti Olio

Sekolah lagi seminggu nak buka. Rasa kejap je, dah abih cuti.
Hari ni buat ayam bakar lagi. Anak suka makan ayam (lagi-lagi si Hafiz tu... suka sgt kulit ayam...)

Ayam Bakar

Bahan-bahan ( 1/2 ekor ayam )

  • 1/2 ekor ayam (atau mana-mana bahagian ayam yang disukai, bhgn kepak je ke...drumstik je ke...) yg penting bersihkan,buang lemak2 nyer tu tapi jangan dibuang kulitnya.
  •  2 ulas bawang besar*
  • 2 cm halia*
  • 5 ulas bawang putih* (klu suka letak byk2 lg sedap)
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh mix herb (boleh beli kt pasaraya)
  • 1 sudu teh serbuk rosemary (beli kt gaint)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • kentang - potong bentuk wedges
  • klu suka boleh letak capsicum

  1. Blender bawang besar, halia dan bawang putih dengan skit je air.
  2. Dh lumat baru tambahkan dengan bahan-bahan lain; lada hitam, madu, sos tiram, kiub ayam, herbs dan garam (bahan-bahan perap akan jadi pekat dan likat; ini yang kita nak. Bahan perap jangan terlalu cair sangat, sebab nanti bila perap ayam tu, air akan keluar lagi dari ayam tu)
  3. Sapu rata2 pada ayam, simpankan dalam peti sejuk dan biarkan seketika (sekurang2nya 2 jam, nak lagi sedap sehari semalam) Makin lama disimpan lagi sedap. Simpan kat dalam fridge, bukan frezzer yg beku tu. Kita pernah simpan seminggu dengan bahan perap tu, tapi elok lagi, dan bila bakar....sedap sangat isi ayam tu, lembut dan penuh perisa)
  4. Masa nak bakar ayam susun dulu kentang kat bawah, pastu letak ayam kat atas dia. Sapu bahan perap rata2 kat ayam.
  5. Masukkan ayam dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celsius, bakar dalam setengah jam.
  6. Dah setengah jam,keluarkan ayam, terbalikkan dan lumurkan dgn bahan perap tadi
  7. Masukkan semula ayam dalam oven, bakar selama 15-20 minit lagi. Kena slalu tengok2 ayam tu, sebab masa ni ayam cepat hangus nanti.
  8. Siap untuk dihidang.

Resepi Spaghetti Olio
Bahan-bahan
(Untuk 2 orang)
1.  160-180g spaghetti
2.  3 sudu besar minyak olive oil (boleh guna apa2 minyak sayuran lain klu takde olive oil)
3.  1 sudu teh butter
4.  10 - 12 ekor udang sederhana besar
5.  5-6 ulas bawang putih (letak banyak lagi sedap, klu suka) - cincang halus-halus
6.  1 sudu teh chilli flakes / 2 biji cili padi (klu suka pedas, letak lebih)
7.  1 sudu teh chopped pasley (daun pasli kering yang dihancurkan) -- slalu dijual kt bahagian herbs
8.  Garam secukup rasa
9.  Secubit lada hitam (lg bagus guna lada hitam yg fresh tu, ketuk sampai hancur skit)

Shrimp Aglio Olio in Pan
Cara-caranya....

  1. Panaskan air, masukkan 1 sudu besar garam. Masak pasta / spaghetti hingga lembut secukup rasa (rujuk pada bungkusan, cara masak pasta tu)
  2. Kupas udang, buang kepala dan kulitnya (guna udang yg segar untuk rasa yang lebih umph!)
  3. Masukkan kepala+kulit udang dalam periuk, letak skit je air...rebus seketika (3-5 minit je) untuk dapatkan stok udang. Tapis dan simpan air stok udang tu.
  4. Panaskan kuali dengan butter dan masukkan udang. Masak kejap je. Angkat dan ketepikan.
  5. Dalam kuali yang sama, letakkan olive oil. 
  6. Masukkan bawang putih yg dicincang dan chilli flakes / cili padi. Tumis sampai bawang putih jadi perang skit. Tutup api, biarkan bawang putih tu terus jadi perang (tutup api tu utk elakkan bawang putih hangus)
  7. Pasang balik api, masukkan stok udang dalam 3 sudu besar, panaskan sampai mendidih.
  8. Lepas tu, masukkan pasta, udang dan garam secukup rasa (jangan masukkan garam banyak sangat, sebab pasta tu dh masin sebab masa rebus tadi dh dimasukkan garam).
  9. Gaul rata, lastly... masukkan chopped parsley dan lada hitam. 
  10. Gaul rata sehingga semua bahan-bahan sebati dan sedia dihidang.