6 Februari 2013...
Ini kek yang dibuat semalam, ditempah khas oleh Mai untuk majlis perpisahan Kak Nab. Mulanya Mai telefon, tanya 'tak nak buat bisnes kek ke?' Buat kek untuk dijual la....
Eh! Bila masa pulak kita ambik tempahan ni, dengar orang nak tempah pun seram sejuk je rasanya. Bukan apa, bila buat kek nak makan sendiri ni, boleh main buat je suka hati. Tapi bila orang tempah ni, rasa takut je nak buat, takut tak kena selera orang. Kita tengok ok dah, tapi orang lain mungkin kata tak cantik. Kita rasa sedap dah, tapi orang lain mungkin tak suka.
Sudahnya, cakap kat Mai, boleh la kita buat tapi tak la bayar-bayar. Dan Mai pun kena cari jugak kek lain satu. Kot-kot kek yang dibuat ni tak sedap, ada la kek lain sebagai ganti (tak confident nak buat kek nak bagi orang ni)
Mula tu, cadangnya nak buat cheese cake, tapi Mai minta suruh hias-hias skit bagi cantik. Rasa macam susah plak nak hias cheese cake. Nak buat kek vanilla plak, takut ada yang tak suka kek tu. Sudahnya, buat la kek coklat, budak-budak pun suka ngan kek coklat.
Petang semalam, balik je kerja... mula la operasi membuat kek coklat.....
Ini hasilnya....
Inilah kisahku...
Disinilah coretan kehidupanku... bersama keluarga tersayang.... anak-anak dan suamiku... itulah duniaku....
Wednesday, February 6, 2013
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Adik....
26 Januari 2013,
Genap 2 tahun dah umur Adik (Noor Haninda Aulia). Dah tak boleh digelar baby lagi, dah jadi kanak-kanak, tapi masih busyuk-busyuk mama... masih bau macam baby.
Kejap je rasanya.... macam baru je lahirkan dia. Dah dua tahun. Cepatnya masa berlalu.
Masa anak-anak kecil, kita rasa nak cepat je supaya diorang besar. Tapi bila dah besar, rasa rindu plak masa diorang baby. Lagi satu, bila anak-anak dah makin besar, maknanyer kita makin tua.
Dah tua rupanya aku ni.... sedar tak sedar dah lapan tahun kawin rupanya..... Hafiz dah masuk sekolah, adik dah dua tahun.... cepatnya masa......
Untuk hari lahir ni, buat kek vanila dengan topping guna buttercream. Kelam kabut buat petang tadi. Siap jugak kek untuk adik ni, serabut skit tapi rasanya ok.
Siap posing ngan kek tu. Adik tu dah ngantuk... nak tidur...
Ini pulak coklat oreo yang buat semalam untuk bagi kat budak-budak kat taska nanti. Coklat yang Hafiz suka sangat. Siap-siap je, Hafiz dah makan dua. Lepas tu nak lagi, bagi lagi satu. Lepas sejam, mintak lagi. Alamak!! Kan tak cukup plak nak bahagi-bahagi kat taska tu. Sudahnya, suruh dia ambik kat taska je, kalau ada lebih.
Ini second time buat coklat ni, blaja kat blog Azlita (terima kasih byk2 atas ilmu yg diberikan). Bila dah tahu buat, senang jer rupanya.... rasa pun sedap sangat. Tak yah beli-beli lagi dah. Anak-anak pun suka.
Gambar spongebob tu, kegemaran anak-anak, suka sangat dengan kartun tu. Ulang tayang berkali-kali pun takpe, tengok jugak...
Puas hati rasanya bila buat sendiri ni. Walaupun penat tapi seronok bila tengok semua tu dah siap dan anak-anak suka.

Monday, January 21, 2013
ACAR BUAH
14 Januari 2013 (Isnin)
Semalam buat acar buah untuk cik abang. Dah lama dia duk suruh buat. Katanya, kek yg susah-susah tu sanggup cari resepi belajar nak buat, tapi acar buah yang senang tu, tak plak buat-buat.
Senang katanya.... Tapi bila tengok resepi kat internet, ada yang kata kena masak sampai 2 jam. Senang ke macam tu??
Tapi bila dah kehendak suami tu, kenalah buat... Bukannya tak boleh beli, tapi nak merasa air tangan isteri katanya. Kesian pulak, duk teringin nak makan. Takut kempunan acar buah hasil tangan isteri pulak. Kenalah buat jugak...
Pergi Gaint Bangi Sabtu lepas, belilah buah-buahan kering sikit. Kebetulan kat rumah dah ada kismis lebihan buat puding roti hari tu.
Resepi ni dah ambik kat internet, tapi tak pasti dari blog mana satu...
Ok, bahan-bahannya...
Catatan:
Bila hasil tumisan tu dah naik minyak dan dah masukkan buah-buahan kering, jangan sesekali tambahkan air. Kalau rasa macam nak hangus tu, perlahankan api dan kacau rata-rata (kalau tambah air, nanti acar buah tu tak tahan lama)
Bijan yang nak ditabur tu, goreng tanpa minyak dengan api yang perlahan. Taburkan bijan bila acar buah dah agak-agak sejuk sikit.
Acar buah ni, memang ada banyak minyak, sebab nanti minyak tu yang membuatkan ia tahan lama. Cuma nanti bila makan, janganlah ambik minyak tu, kaup buah-buahnya je...
Hasilnya.... siap jugaklah acar buah hasil permintaan suami ni. Walaupun ambik masa yang agak lama nak masak, tapi bila cik abang kata sedap, rasa berbaloi je masak... puas hati....

- 1/2 kg buah-buahan jeruk @ kering [limau kecut, kismis hitam/kuning, prune, aprikot, kurma, mangga jeruk, ceri & lobak asin - boleh campur-campur buah tu. Mana yang suka, boleh letak banyak skit. Kalau buah tu rasa macam besar sangat boleh potong kecil-kecil skit, tapi jangan kecil sangat, nanti hancur plak masa masak tu, tak cantik plak nanti]
- 10-15 Biji Bawang merah / 3 biji bawang besar
- 10 biji bawang putih
- 3 sudu cili boh / 15biji cili kering (rendam dgn air panas bagi lembut) - cili ni kalau suka pedas boleh letak banyak sikit
- 2 inci halia / 2 ruas jari (bergantung kepada saiz halia)
- 4 sudu besar gula - kalau suka manis, boleh tambah
- 1 sudu teh garam- kalau suka lebih/kurang masin, boleh adjust sendiri.
- 1 sk asam jawa (guna asam jawa ADABI)
- Setengah cawan cuka- kalau tak suka boleh kurangkan, atau takyah letak langsung, cuma lebihkan asam jawa tadi. [cuma kalau banyak asam jawa, nanti rupa acar buah hitam skit bila masak nanti. Tak berapa cantiklah rupanya, tapi rasa tetap sama]
- 2 sudu besar rempah kari daging
- Bijan goreng tanpa minyak sebagai hiasan
- 1 cawan minyak masak(kalau rasa tak cukup, boleh tambah nanti)
Cara-cara
- Mesin sekali cili, bawang merah/besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan mesin sampai naik bau dan naik minyak.
- Tambahkan serbuk kari daging semasa menumis.
- Masukkan gula, garam, asam jawa dan cuka, tumis lagi sehingga naik minyak.
- Masukan buah-buahan kering dan kacau masak sampai pekat [nak tunggu pekat tu lama jugak, bergantung pada dapur masing-masing. Api jangan kuat sangat, takut bahagian bawah tu hangus. Kena kacau selalu sampai kering]
Catatan:
Bila hasil tumisan tu dah naik minyak dan dah masukkan buah-buahan kering, jangan sesekali tambahkan air. Kalau rasa macam nak hangus tu, perlahankan api dan kacau rata-rata (kalau tambah air, nanti acar buah tu tak tahan lama)
Bijan yang nak ditabur tu, goreng tanpa minyak dengan api yang perlahan. Taburkan bijan bila acar buah dah agak-agak sejuk sikit.
Acar buah ni, memang ada banyak minyak, sebab nanti minyak tu yang membuatkan ia tahan lama. Cuma nanti bila makan, janganlah ambik minyak tu, kaup buah-buahnya je...
Hasilnya.... siap jugaklah acar buah hasil permintaan suami ni. Walaupun ambik masa yang agak lama nak masak, tapi bila cik abang kata sedap, rasa berbaloi je masak... puas hati....
Subscribe to:
Posts (Atom)